Score TV merupakan sebuah syarikat yang telah ditubuhkan pada Julai 2011. Syarikat ini menyiarkan tentang aktiviti kesukanan yang meletakkan objektif syarikat di atas landasan. Melalui pendekatan ini kami berharap ia akan meningkatkan tahap kecerdasan dan keterbukaan pelanggan dalam aktiviti sukan yang disiarkan.
Lantaran itu, mereka yang berpengalaman dan berpengetahuan luas dalam arena sukan adalah sandaran kami untuk mengurus rancangan-rancangan sukan yang disiarkan kepada penonton yang melanggani siaran kami. Semoga objektif tersebut akan dapat sama-sama kita realisasikan dengan izin Allah swt.








